Kamis, 27 Desember 2012

Novel : Cinta Bukan Segalanya 5

 
Oleh : Nana Billa
BAB 5

“Cik Lea, saya bukan tak nak tolong tapi masalahnya kes ni memerlukan terlalu banyak masa.” Ujar Encik Rahidan perlahan. Aku tertunduk lama.
“Tapi Encik Rahidan, benda ini penting bagi saya. Saya tak kisah berapa banyak masa yang awak perlukan cuma apa yang saya mahu hanyalah maklumat dia.” Aku masih cuba untuk memujuk. Walau apa-apa pun yang terjadi, aku tekad untuk mencari maklumat terkini mengenai kak Zira. Aku rela menunggu di restoran berjam-jam lamanya hanya untuk menemui penyiasat ini.
Melalui maklumat yang aku terima, Encik Rohidan penyiasat yang professional dan terlalu memilih untuk menerima tugasannya. Oleh kerana itu, aku rela berkejar ke sana dan ke mari semata-mata untuk mengejar lelaki yang berumur lebih kurang separuh abad ini. Semua itu aku lakukan dengan harapan lelaki ini akan terbuka mata untuk memberikan pertolongan kepadaku. Walaupun tanpa keikhlasan, aku harap lelaki dewasa ini mampu menerima permintaanku meskipun hanya berteraskan simpati semata-mata.
“Cik Lea tak kisah kalau lambat sikit baru kamu dapat maklumat mengenai dia?” soal Encik Rahidan lagi. Kepalaku mula di dongak. Seakan menemui harapan.
Aku menggeleng kepala. “Saya tak kisah.” Walaupun kalau ikutkan, aku mahu mendapatkan maklumat mengenai kak Zira secepat yang mungkin.
“Kalau boleh saya tahu, siapa perempuan ini? Kenapa Cik Lea nak siasat mengenai dia dan seluruh keluarganya?” soal Encik Rohidan. Aku termangu. Tidak tahu jawapan yang sepertimana yang harus ku berikan.
Aku terdiam lama.
“Takpelah kalau Cik Lea tak nak jawab. Saya tahu mungkin soalan saya agak peribadi untuk Cik Lea jawab.” Kata-kata Encik Rohidan seakan memberikan aku satu kekuatan.
“Maafkan saya, Encik..” Encik Rohidan tersenyum mendengar kata maaf dariku.
“Panggil sahaja Pak cik, lagipun Cik Lea nampaknya seperti sebaya dengan anak saya.” Ujar Encik Rahidah ramah. Nampaknya aku tersalah anggap keperibadian lelaki ini. Orangnya juga nampak baik.
Aku tersenyum lantas mengangguk bersetuju.
“Kalau macam tu, pak cik panggil saja saya Lea.” Kali ini aku pula mula berbahasa.
“Err, memang ini aje ke maklumat yang Lea ada?” soal Encik Rohidan mula serius kepada maksud pertemuan kami. Dia merujuk kepada gambar yang kini dalam pegangannya. Aku mengangguk perlahan.
“Nama penuh?” soal Encik Rohidan lagi. Aku mengeluh berat.
“Saya tak ingat dan… mungkin juga saya tak tahu. Saya cuma ingat saya panggil dia kak Zira.” Jawabku jujur. Sememangnya itu sahaja maklumat yang aku ada mengenai kak Zira. Entah siapa keluarganya dan tempat asalnya sememangnya tidak berada dalam pengetahuanku.
“Pak cik bukan apa, cuma… gambar ini pun agak lama.” Aku tergelak kecil sedaya upaya menutup rasa bersalah apabila Encik Rohidan bersuara.
“Ya, ini gambar 15 tahun yang lalu. Maaf kalau saya menyusahkan Pak cik.” Ujarku. Encik Rohidan menangguk berkali-kali. Mungkin masih menimbangkan keputusan sama ada ingin menolongku ataupun tidak. Lagi pula ia melibatkan banyak masa dan berpandukan gambar dan nama samaran yang agak sukar sebenarnya untuk menyiasat, agakku.
“Hmm, baiklah. Pak cik boleh tolong Lea.” Jawapannya yang tidak ku sangka ternyata mengejutkan aku. Mataku bercahaya.
“Tapi… cuma satu nasihat pak cik. Jangan terlalu berharap.” Aku mengangguk berkali-kali. Ya, aku takkan meletakkan terlalu banyak harapan. Kesudiannya untuk menolongku sahaja sudah cukup menggembirakan aku.
____________________________________________________
Aku melangkah perlahan menaiki tangga. Tidak mahu sesiapa menyedari kepulanganku yang agak lewat pada malam ini. Selepas berjumpa dengan Encik Rohidan, aku membawa diri ke mana sahaja kakiku mampu melangkah. Sedar tak sedar masa juga semakin laju berlalu dan baru kini aku pulang padahal masa juga sudah menganjak ke angka 12.00. Kalaulah kepulanganku pada tengah malam ini berada dalam pengetahuan kedua ibu bapaku, mungkin persepsi mereka terhadapku mulai berubah. Aku hanya mampu berdoa.
“Lambat Lea balik.” ujar papa lantas membuatkan aku terkejut. Aku mengurut dada berkali-kali, masih lagi terkejut walaupun papa hanya menegur. Nampaknya hanya papa yang berada di ruang tamu.
Tangga yang ku daki akhirnya ku turuni kembali. Tak tergamak aku meninggalkan papa keseorangan. Mungkin mama sedang tidur nyenyak di bilik sehinggakan tidak sedar akan kehilangan papa. Tangan papa aku salam.
“Lea ada hal sikit tadi pa. Ingatkan nak balik terus tapi itulah… dah lama tak pusing bandar Shah Alam, melenconglah jawabnya.” Aku tersengih.
“Dah banyak berubah rupanya…” aku bersuara perlahan, merujuk kepada bandar Shah Alam yang kini terlalu banyak bangunan pencakar langit. Kerusi roda papa aku tolak menuju ke sofa sebelum aku melabuhkan punggung.
“Kesian Lea.” Papa meletakkan tangannya di atas tanganku. Intonasi papa membuatkan aku turut sebak.
“Isy, papa ni. Takde apalah. Lagipun Lea seronok jalan-jalan ni.” Ujarku cuba mengusir rasa sedih yang mula terasa. Aku tahu apa yang
cuba papa sampaikan.
“Kalau papa dan mama redha dengan semuanya lama dahulu, mungkin Lea takkan makan hati terlalu lama.” Papa masih lagi dalam mood ‘Bersamamu’. Tangan papa aku pegang erat. Aku mula berasa bersalah kerana pernah mengeluarkan ayat sebegitu.
“Papa. Lea kan dah kata takde apa-apa. Kita tak payahlah nak ungkit
pasal hal dulu-dulu. Okey?” aku cuba memujuk papa. Lagi pula kesihatan papa seminggu dua ni tidak terlalu memberansangkan. Menurut doktor, papa tidak boleh terlalu sedih ataupun berada dalam tertekan.
“Okey, Lea pun kena janji dengan papa. Papa tak nak Lea ingat-ingat lagi pasal kak Zira. Kita lupakan kisah lalu. Biarlah hanya kenangan Along dalam ingatan kita. Lea janji?” kali ini papa pula yang menuntut janji. Papa seperti tahu-tahu sahaja apa yang aku sedang lakukan kini. Aku mengeluh berat sebelum akhirnya aku mengangguk bersetuju.
Walaupun aku tahu janjiku dengan papa hanya akan tinggal janji namun aku tetap berjanji sekadar menyedapkan hati papa. Masakan aku boleh memaafkan kak Zira semudah itu.
_______________________________________
Aku melangkah ke pejabat dengan kerutan di dahi yang tak surut-surut. Aku hairan dengan situasi pagi ini. Semuanya kelihatan ceria, tidak seperti hari-hari yang sebelumnya. Walaupun pejabat ini sememangnya ceria sejak pertama kali aku melangkah di syarikat ini tapi hari ini aku rasakan suasana cerianya seperti agak berbeza. Seperti ada sesuatu yang gembira telah berlaku. Seperti mendapat durian runtuh.
Interkom ku tekan.
“Liza, masuk kejap. Aku nak bincang pasal kolum terbaru yang kau cadangkan hari tu.” Ujarku.
Tidak sampai lima minit, kelibat Liza mula muncul di hadapanku dengan senyuman yang sama dengan pekerja yang lain. Aku makin hairan.
“Kau ni kenapa Liza? Senyum-senyum macam kena sampuk ni.” Tebakku merapu. Liza pula makin galak ketawa membuatkan aku semakin seram berada berduaan dengannya dalam bilik ini. Aku pantas berdiri.
“Kau jangan macam-macam Liza. Aku ni penakut.” Rintihku sayu. Sungguh aku sedang takut kini. Aku terasa seperti pejabatku di serang zombie. Tetapi Liza seperti sengaja menakut-nakutkan aku lalu berlagak seperti zombie dan mula menghampiriku. Semakin kuat pula dia menghamburkan ketawanya.
Terasa diri di tipu, laju sahaja aku mendekatinya lalu di cubit-cubit lengannya. Dia menjerit kesakitan sambil menggosok lengannya.
“Le…a…” jerit Liza perlahan. aku berlagak biasa lalu kembali duduk. Liza turut melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Kau ni. Sakit tau.” Marah Liza. Kali ini giliran aku pula menghamburkan ketawa. Liza mencebik namun ada rasa gembira yang menjengah. Argh, seronok rupanya memperkenakan orang ni.
“Padan muka kau. Suka sangat ek buat dajal kat aku, hah sekali kena
baru lah tahu.” Marahku manja.
“Ala… kau ni. Aku nak gembira sikit pun tak boleh.” Liza mula menarik muncung.
“Ye la. Liza, kenapa aku tengok semua orang gembira aje hari ni? Ada apa-apa ke?” soalku yang dari tadi ingin tahu.
“Apa tak gembiranya, Hasif dapat projek baik punya.” Bagitahu Liza.
“Projek apa?” soalku. Selama ini sudah banyak projek kami dapat tapi inilah kali pertama aku melihat pekerja-pekerja syarikat You And I (YNI) Production ini terlalu gembira.
YNI Production adalah sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia yang menerbitkan majalah PerfectExcel yang kini di kenali ramai dan berjaya mendapat tempat di hati pembaca. Majalah PerfectExcel ini adalah majalah yang merangkumi semua genre-hiburan, bisnes, cerpen, lawak dan sebagainya. Semuanya di gabungkan dalam satu majalah.
Apa yang istimewanya majalah ini adalah kerana kandungan isinya. Semua maklumat yang di lampirkan ke dalam majalah ini dipastikan sah dan mendapat kebenaran empunya cerita. Oleh itu, majalah ini tidak pernah terlibat dalam kes saman sepertimana majalah lain kerana memaparkan cerita yang hanya gossip semata-mata. Hal ini meyebabkan rasa bangga terhadap papa semakin menebal.
“Projek Kate.” Ujar Liza memuntahkan sebaris ayat yang ternyata tidak menjawab langsung pertanyaanku. Kerutan di dahiku semakin kelihatan.
“Ala, kau ni.. Maklumat mengenai kandungan Kate Middleton.”
“Eh, kejap! Majalah kita kan hanya menulis sekiranya cerita itu di sahkan benar. Dan apa maksud kau yang kita akan memasukkan entry mengenai Kate? Kau tak ingat ke kes jurarawat yang kena bunuh tu?” soalku gerun. Sesungguhnya itulah yang aku rasakan kini. Ketakutan. Aku mula sangsi dengan pujianku sebentar tadi.
“Ya lah. Sebab itu kita semua gembira kerana Kate yakin untuk bercerita kepada majalah kita. So, ini satu kebanggaan bagi kita.” Aku mengangguk apabila mula mendapat gambarannya. Aku mula lahir rasa hormat pada si dia yang berjaya mendapat berita yang begitu sensasi itu. Tak sangka syarikat penerbitan majalah di Malaysia di berikan penghormatan terlebih dahulu mengatasi majalah-majalah terkenal luar Negara. Unbelievable!
“Mana dia tu? Aku naklah jugak ucap tahniah.” Aku bersuara memecahkan angan-angan Liza yang aku sendiri tidak pasti. Asyik tersengih je memanjang.
Aku terlalu ingin mengenali lelaki itu. Lagipun tidak pernah ku tahu wujudnya pekerja papa yang bernama Hasif.
“Hasif tu jarang kat pejabat. Biasalah, pekerja yang papa kau paling sayang. Semua kerja yang menarik pasti jatuh kat tangan dia dulu. You know what, there are so many girls who admire him. Of course I am in the lists.” Ujar Liza dengan senyuman yang semakin menjadi-jadi gatalnya. Aku hanya mampu menggeleng.
Dalam hati, terbit sedikit rasa cemburu pada lelaki yang di kagumi ramai itu.
“Kalau hubungan aku dan papa masih seperti dulu, mungkin papa akan serahkan semua ni pada dia.” Ayat yang sedari tadi hanya berlegar di kepala ternyata mengalir lalu keluar melalui bicaraku. Liza pantas berpaling ke arahku. Dia tampak terkejut.
“Apa yang kau merepek ni Lea? Realiti ni tak sama dengan drama tv. Kalau drama bolehlah tunjuk yang si bapa ni sayangkan kuman seberang laut berbanding gajah di depan mata. Tapi ini realiti, seteruk mana pun anak dia, harta tetap untuk yang berhak.” Liza mula membebel. Seperti bertih jagung mulutnya berkta-kata. Itu baru satu ayat yang aku ucapkan, cuba kalau berpuluh-puluh ayat. Confirm dia membebel dua jam lamanya. Aku hanya mampu tersenyum nipis.
“Maksud kau… aku ni teruk?” sengaja aku membakar perasaan Liza. Jelas kelihatan asap berkepul-kepul yang keluar melalui telinganya.
“Kau ni kan, Lea. Aku cepuk kang.” Ayat Liza membuatkan aku gelak terbahak-bahak.
Gurauan mesra alam kami terganggu dengan ketukan di pintu. Dahiku berkerut hairan. Kening kiri di jongket sedikit. Bagai mengerti maksud yang di sampaikan, Liza membalas dengan jongketan kedua-dua bahunya.
Tanpa menunggu arahanku, Liza memulas tombol. Senyumannya terukir.
“Siapa?” soalku. Liza berpaling ke arahku.
“The one you want to see.” Jawab Liza lalu muncul kelibat seorang lelaki. Dia mendekatiku sambil wajahnya di iringi senyuman. Tangan di hulurkan kepadaku.
“I’m Hasif. Azril Hasif.” Mendengarkan suara garaunya membuatkan aku seperti terkena panah asmara.
Aku melemparkan senyuman nipis yang ternyata janggal. “Azalea Ayesha. Just call me Lea.”
Azril Hasif menggenggam tangan kanannya apabila hulurannya tidak ku sambut. Haih, lelaki ini seperti tidak nampak gaya penampilanku. Sepatutnya dari tudungku, di sudah dapat mengagak caraku. Namun, tidak sopan sekiranya aku hanya membiarkan tangannya di awangan terlalu lama.
“Maaf.” Ujarku perlahan memohon dia sedar sendiri.
“Oo, its okay. Saya yang sepatutnya minta maaf.” Kali ini dia melontarkan kata maaf. Aku sekadar mengangguk. Tanpa sedar, hatiku telah menanda ‘right’ pada kesopanan dan kesusilaannya. Oh, dia lulus satu daripada beberapa ciri lelaki idamanku.
“Oh, sorry. Have a seat, please. Liza, you too.” Ujarku gagap apabila terdiam terlalu lama. Liza telah mengukirkan senyuman berbahayanya.
“It’s okay, Lea. Aku buatkan coffee untuk korang. Anyway Encik Hasif, have a nice chat.” Azril Hasif hanya mengangguk mendengar gurauan berkasih dari Liza.
Azril Hasif mula mendapatkan posisi yang selesa. “Awak nampak macam terkejut. Bukan ke Encik Hakim dah beritahu yang saya akan masuk pejabat harini.” Soal Azril Hasif. Aku hanya berkerut.
“Ini kali pertama saya mendengar cerita fasal awak.” Jawapanku membuatkan dia hanya mengangguk dan kami sekali lagi terdiam. Oh, kaget sungguh apabila berdua-duaan sebegini. Apatah lagi dengan lelaki yang pertama kali ku jumpa.
Aku tak tahu apakah perasaaan yang melanda kini namun aku sedar inilah yang di namakan cinta. Tak sangka ketika umurku sudah mencapai angka 24 barulah hatiku di usik. Dan lelaki ini ternyata cinta pertamaku yang aku sendiri tidak menyangka ianya adalah cinta pandang pertama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Mari budayakan komentar yang positif dan mohon kebijaksanaannya untuk tidak melakukan spamming. Jangan menyertakan link di dalam komentar, karena akan terdeteksi sebagai spam oleh google Life for sharing...